Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini. Foto Awang Azmel (TVS).

Perdana Menteri terima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Okt : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Patinggi hari ini.

Penganugerahan ini bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ismail Sabri yang tiba dari Kuala Lumpur menerima penganugerahan berkenaan daripada Tun Abdul Taib dalam majlis penuh istiadat di sebuah hotel di sini.

Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan