Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan hafazan, Muhammad Azam Rizqi Mohamad Jol. Foto: TVS

Penduduk pelbagai kaum sambut Maulidur Rasul di Gedong – Nancy

GEDONG, 9 Okt : Penganjuran aktiviti budaya dan keagamaan di sini disambut meriah oleh penduduk berlainan bangsa, agama dan budaya, kata Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, ini kerana Gedong dan Sarawak telah lama menerapkan tolerasi beragama dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Kesannya kata beliau penduduk pelbagai kaum hadir memeriahkan aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa kampung.

“Petang tadi saya berada di Dewan Mesra di Simunjan, saya lihat penduduk yang berbangsa Iban dan Cina turut hadir memeriahkan program Maulidur Rasul.

“Kita tidak lagi melihat warna kulit dan agama kerana apa juga perayaan atau festival, kita jemput adik, abang dan kakak kita yang berlainan bangsa untuk menyambutnya bersama.

“Melalui perkumpulan seperti ini, segala idea, cadangan atau cabaran yang dihadapi dapat didengari dan diselesaikan bersama dan ini menjadi budaya kita di Gedong,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Gedong di sini malam tadi.

Program itu merupakan anjuran bersama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Gedong (LAKIG), Pejabat Daerah Gedong dan masjid serta surau Kampung Gedong.

Turut hadir, Pegawai Daerah Gedong, Abdul Khalid Manap.

Sementara itu, Nancy berkata, Gedong juga mengamalkan budaya Islam yang sihat apabila surau dan masjid di sini menghantar golongan muda sebagai pelapis baharu untuk menyertai beberapa pertandingan kerohanian pada program Maulidur Rasul tahun ini.

Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran dengan pelbagai pertandingan kerohanian diadakan untuk mengisi program yang berlangsung sejak 5 Oktober lalu.

Kemuncak sambutan Maulidur Rasul di Gedong bakal dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan