Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk di dua buah kampung di Tupong, Kuching menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini. Foto TVS.

Lebih 300 penduduk dua kampung di Tupong meriahkan sambutan Maulidur Rasul

KUCHING, 9 Okt : Lebih 300 penduduk Kampung Tupong Jaya dan Kampung Tupong Ulu dekat sini menyertai perarakan semperna sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Perarakan bermula di Surau Darul Falah dan Surau Darul Hijrah yang melalui Jalan Merdeka kira-kira 1.5 kilometer (km).

Ketua Kampung Tupong Jaya, Dawis Saifuddin Ibrahim berkata, selain mengimarahkan aktiviti di dua surau itu, perarakan berkenaan juga mengukuhkan ikatan silaturahim antara penduduk kampung terlibat.

“Setiap tahun kita akan mengadakan program sempena Maulidul Rasul namun tidak dapat dilaksanakan pada 2020 dan 2021 kerana ketika itu terikat dengan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

“Alhamdulillah, sambutan tahun ini meriah dan program kita berjaya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai perarakan Maulidur Rasul di Kampung Tupong Jaya hari ini.

Menurut Dawis, Sambutan Maulidul Rasul dua tahun sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di surau dengan melibatkan kehadiran peserta yang tidak ramai.

Katanya, langkah itu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan