Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) telah menyediakan maklumat bagi membantu pengusaha hotel di negara ini membeli produk kraftangan tempatan bagi mendapatkan potongan cukai khas yang diumumkan dalam Bajet 2023.

Kraftangan Malaysia sediakan maklumat bantu pengusaha hotel

KOTA SAMARAHAN, 9 Okt: Lembaga Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) telah menyediakan maklumat bagi membantu pengusaha hotel di negara ini membeli produk kraftangan tempatan bagi mendapatkan potongan cukai khas yang diumumkan dalam Bajet 2023.

Pengerusinya Datuk Rubiah Wang berkata pengusaha hotel terbabit boleh berhubung dengan pejabat Kraftangan Malaysia di negeri masing-masing bagi menempah pembelian produk kraftangan itu.

“Ataupun (tempahan pembelian) melalui anak syarikat kita, Karyaneka. Di bawah Kraftangan Malaysia kita ada usahawan-usahawan berdaftar, kita boleh memberi maklumat tambahan,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Samarahan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata demikian bagi mengulas cadangan kerajaan memberikan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraftangan tempatan dengan kos pembelian sehingga RM500,000 dalam pembentangan Bajet 2023, Jumaat lepas.

Katanya ketika ini Kraftangan Malaysia juga sedang membuat promosi di hotel untuk memberi pendedahan tentang di mana produk kraftangan boleh didapati atau pihak hotel boleh berhubung terus dengan usahawan terbabit.

Rubiah berkata selain dipamerkan, hotel juga boleh membeli produk kraftangan untuk digunakan dalam perkhidmatan mereka seperti kraftangan berbentuk pinggan mangkuk.

Menurutnya ketika ini terdapat lebih 8,600 usahawan kraftangan tempatan berdaftar seluruh negara dan sebelum pandemik COVID-19 jualan produk mereka adalah sekitar RM500 juta setahun.

Katanya berikutan pandemik itu, jualan produk adalah sekitar RM100 juta sahaja pada tahun lepas.

“Tahun ini kita sasarkan jualan itu sehingga RM200 juta dan kita merasakan sasaran akan dapat capai sebab setakat Julai, kita dah menghampiri RM189 juta jualan kraf seluruh negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan