Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak hari ini di Miri. Foto: Awang Azmil (TVS)

Kepulangan Ismail Sabri dari Sarawak diiringi spekulasi Parlimen bubar esok

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Okt : Desas desus akan berlaku pembubaran Parlimen esok kembali panas sejak petang tadi.

Beberapa portal yang memetik sumber masing – masing melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H Bersamaan 2022, pagi tadi.

Melihat ‘aktiviti’ Perdana Menteri hari ini, beliau mempunyai jadual yang cukup padat termasuk terbang ke Miri, Sarawak bagi menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang.

Ahli Parlimen Bera itu tiba kira – kira pukul 4 petang tadi bagi menerima pangkat berkenaan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-86.

Terdahulu, Ismail Sabri mengiringi Seri Paduka pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Spekulasi bertambah panas apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook secara berkias mengatakan ‘anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya’.

“Raya atau pilihanraya,” tulisnya.

Pada Jumaat, Ismail Sabri selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen ketika bersalaman dengan beberapa Ahli Parlimen secara bergurau sempat mengucapkan ‘Salam Perpisahan’.

Minggu lepas, Naib Presiden UMNO turut berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Kenyataan itu menyusul selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan Parlimen harus dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi mengembalikan mandat kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan