Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai APM menunjukkan keadaan paras air di kawasan berisiko di Sibu hari ini. Foto: APM

Beberapa kawasan rendah di Sibu dinaiki air

ByNurul Amarlina

KUCHING, 9 Okt : Beberapa kawasan rendah di Sibu terjejas ekoran fenomena air pasang dan limpahan air dari hulu Sungai Rajang hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sibu, Kapt. (PA) Frankie Anak John Jawan berkata, tinjauan telah dilakukan pihaknya di Salim, Stabau dan Sungai Assan.

“Keadaan cuaca yang mendung dan air pasang dikesan berlaku pada pukul 9 pagi tadi manakala hujan renyai-renyai dan status air beransur surut direkodkan di Sungai Assan pada pukul 9.15 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, beberapa rumah di Salim dan Stabau dinaiki air namun penduduk tidak berpindah.

“Paras air di tingkat bawah rumah Lot 211, Jalan Stabau yang direkodkan setinggi dua kaki setengah namun penghuni tinggal di tingkat atas,” katanya.

Tambahnya, Jalan Utama Salim Stabau yang dinaiki lebih kurang dua kaki setengah hanya dapat dilalui kenderaan berat sahaja.

Bagi Sungai Assan yang dipantau oleh APM Sibu pula katanya, sebahagian kawasan rumah panjang berhampiran kawasan persisiran sungai dinaiki air namun belum menjejaskan penghuni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan