Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-86 di Stadium Miri, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS).

Tun Taib buka ruang untuk Sarawak melangkah ke era pemodenan

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengimbas kembali era kepimpinan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat yang telah membuka ruang dan laluan untuk membawa Sarawak ke era pemodenan.

Berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir ke-86 Tun Taib, di sini hari ini, beliau berkata antara inisiatif dilaksanakan ialah program pembangunan perindustrian di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“(Ini) telah membuka ruang dan laluan untuk Sarawak membangunkan dan mewujudkan nilai tambah kepada sumber air yang begitu banyak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh industri,” katanya.

Menurutnya lagi, melalui pembinaan empangan hidro terutamanya Empangan Bakun, Sarawak berupaya menyediakan banyak tenaga dengan tarif elektrik yang kompetitif sebagai tarikan kepada para pelabur.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memotong kek sempena ulang tahunnya ke-86. Turut kelihatan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan menteri bertanggungjawab Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran TYT Dato Sri Lee Kim Shin. Foto: Awang Azmil (TVS).

Kejayaan Sarawak di bawah kepimpinan Tun Taib boleh dilihat dari sudut kejayaan membangunkan zon-zon perindustrian seperti Samajaya dan Samalaju yang menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Sarawak, khususnya golongan belia.

Abang Johari dan anggota kabinetnya turut menyatakan penghargaan di atas usaha Tun Taib dalam meletakkan asas yang amat kukuh bagi Sarawak melangkah ke era ekonomi yang moden.

Tun Taib buka ruang untuk Sarawak melangkah ke era pemodenan.

Beliau amat menghargai peluang ketika berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Taib pada peringkat awal pelaksanaan program perindustrian Sarawak ketika menjadi Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak yang pertama pada tahun 1987.

“Pengalaman ini amat berguna kepada kola untuk memimpin Kerajaan Sarawak dalam meneruskan legasi Tun,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan