Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi. Foto: TVS

FIFA tidak kenakan hukuman ke atas Indonesia, kata Jokowi

ByBernama

JAKARTA, 8 Okt:  Presiden Indonesia Joko Widodo mengesahkan negaranya tidak akan dikenakan hukuman oleh FIFA susulan tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut 125 nyawa termasuk kanak-kanak.

Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

“Berdasarkan surat tersebut, alhamdulillah bola sepak Indonesia tidak dikenakan sanksi oleh FIFA,” kata Jokowi dalam satu kenyataan, sambil menambah Infantino akan melawat Indonesia bulan ini atau November.

Beliau berkata Indonesia, FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan bekerjasama mentransformasikan bola sepak negaranya.

Perkara yang akan diberi perhatian termasuk jadual pertandingan, standard keselamatan stadium, prosedur operasi standard keselamatan serta sesi libat urus bersama pakar, kelab dan wakil penyokong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan