Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat. Foto: Bernama

Cukai PMKS dikurangkan kepada 15 peratus, peruntukan RM1 bilion bagi geran one-off

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Okt : Kadar cukai bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membabitkan pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama, dicadang dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, pengurangan mulai tahun taksiran 2023 itu dijangka memberi penjimatan sehingga RM2,000 untuk 150,000 pembayar cukai PMKS dan menjadi antara komitmen kerajaan dalam menyokong dan memperkasa kumpulan tersebut.

“’Berdasarkan sasaran Rancangan Malaysia ke-12, PMKS dijangka menyumbang 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 25 peratus kepada jumlah eksport negara menjelang 2025,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Selain itu, katanya, kerajaan bercadang memberikan geran ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat PMKS serta pemandu teksi berdaftar yang dijangka memberi manfaat kepada sejuta perniagaan menerusi peruntukan RM1 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan