Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan geran surat hak milik tanah kepada penerima. - Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Pemilik tanah di Kampung Semeba dan Tematu menerima surat hak milik tanah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Okt : Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan 463 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri kepada 399 pemilik di Kampung Semeba dan Tematu di sini pada Khamis.

Beliau menasihati agar para pemilik tanah menjaga ia dengan sebaik mungkin.

“Jagalah tanah anda baik-baik kerana inilah aset anda dan anak cucu pada masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Abang Johari memberitahu setakat 2020 hingga Ogos tahun ini, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah menyukat 2.6 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh negeri.

Menurutnya, kerja-kerja menyukat tanah akan diteruskan agar rakyat menerima manfaat daripada usaha kerajaan ini.

“Kerja-kerja penyukatan tanah memerlukan lebih ramai tenaga kerja, namun kakitangan JTS tidak mencukupi kerana terlalu banyak tanah hendak disukat. Sebab itu, kita telah meluluskan kepada JTS untuk menambah kakitangannya seramai 400 orang,” katanya.

399 penduduk Kampung Semeba,Tematu terima geran tanah

Terdahulu, Abang Johari merasmikan Dewan Komuniti Kampung Haji Baki.

Beliau turut meluluskan peruntukan RM1.8 juta bagi pembinaan tambahan dewan berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Negara Senator Dato Ahmad Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin dan Residen Bahagian Kuching Datu Sherinna Hussaini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan