Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat lukisan projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Hikmah dan Bangunan Sekolah Tahfiz Hikmah. Foto: JaPen

Kompleks Hikmah kukuhkan lagi pentadbiran dakwah kepada masyarakat Islam

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 Okt: Pembinaan Kompleks Hikmah yang bakal siap dalam 24 bulan lagi merupakan simbolik permulaan terhadap usaha mengukuhkan pentadbiran dakwah kepada masyarakat Islam di Sarawak terutama dalam kalangan saudara baru.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kompleks itu akan dibina bersama Sekolah Tahfiz Hikmah di atas tanah seluas 10 ekar di Petra Jaya yang diperuntukkan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

“Kerajaan negeri menyumbang RM35 juta untuk pembinaan kompleks ini dan Tabung Baitulmal Sarawak menyumbang RM17 juta untuk pembinaan sekolah tahfiz,“ katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kompleks Hikmah dan Sekolah Tahfiz Hikmah di sini, hari ini.

Kompleks itu akan menempatkan pejabat pentadbiran Hikmah, dewan yang boleh memuatkan 1,500 orang dalam satu masa dan kafeteria yang akan dibuka kepada orang ramai.

Bangunan itu juga akan dijadikan tempat penganjuran kursus perdana, acara rasmi kerajaan dan juga untuk masyarakat mengadakan majlis perkahwinan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan