Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Brian Mcfeeters (tengah) ketika kunjungan hormat. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Kerjasama Sarawak, Amerika Syarikat terus diperkukuh

KUCHING, 7 Okt: Kerjasama Sarawak dan Amerika Syarikat terus diperkukuh menerusi beberapa kerjasama dalam sektor-sektor tertentu.

Menurut Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian Mcfeeters, menerusi perjumpaannya bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelbagai ruang untuk menjalinkan kerjasama telah dibincangkan.

Antara topik yang dibincangkan adalah amalan teknologi tenaga hijau serta usahasama mengatasi isu iklim.

“Ini termasuklah membincangkan program pertukaran belia dan program sub-pendidikan yang dilaksanakan di Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di sini pada Khamis.

Katanya lagi, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai dari bidang seperti perhutanan, dan tenaga bagi membincangkan lebih lanjut kerjasama terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan