Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan upacara pecah tanah Kompleks Ibu Pejabat Hikmah dan Bangunan Sekolah Tahfiz Hikmah yang baharu di Kuching, hari ini. Foto JaPen.

Kerajaan Sarawak rancang bina sekolah Islam antarabangsa

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 Okt: Dalam melahirkan modal insan yang lebih berkualiti, Kerajaan Sarawak sedang mengkaji untuk membina sekolah Islam antarabangsa di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata silibus pelajaran yang kini sedang dikaji untuk digunapakai ialah berteraskan model Madrasah Aljunied Al-Islamiah di Singapura.

“Kita telah nampak bahawa para pelajar yang mengikuti silibus pengajian di Madrasah Aljunied Al-Islamiah telah berjaya memasuki universiti antarabangsa,” katanya pada sidang media pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Ibu Pejabat Hikmah dan Bangunan Sekolah Tahfiz Hikmah yang baharu di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, oleh itu Kerajaan Sarawak tidak hanya memberi tumpuan terhadap universiti-universiti di Timur Tengah, tetapi universiti-universiti di Amerika Syarikat dan Eropah untuik menghantar para pelajar ke luar negara.

“Kita lakukan ini untuk memastikan anak Sarawak bukan sahaja jadi jaguh kampung tetapi kita nak mereka jadi jaguh dunia, “ katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan