Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Nazri (empat kiri), Nelkees dan Oliver menunjukkan dadah yang dirampas. Foto: TVS

Kastam tumpaskan percubaan penghantaran dadah menggunakan bas

KUCHING, 7 Okt: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menumpaskan percubaan menghantar dadah ketamin seberat kira-kira 3.1 kilogram yang dibungkus dalam 100 bungkus minuman menggunakan bas ekspres.

Pengarah JKDM Sarawak Mohd Nadzri Ariffin berkata dadah yang dianggarkan bernilai RM384,700 itu dipercayai dihantar dari Miri ke Kuching yang disembunyikan dalam ruangan kargo.

“Dadah itu dipercayai untuk bekalan pasaran kelab malam sekitar bandar raya ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Cawangan Siasatan JKDM Sarawak Nelkees Kasim dan Ketua Cawangan Nartkotik JKDM Sarawak, Oliver Tiong.

Bas ekpres tersebut ditahan JKDM dalam satu operasi bersepadu sekatan jalan raya di Jalan Sarikei-Sri Aman pada 26 September lalu.

Tiada suspek diberkas setakat ini, justeru JKDM kini giat menjejaki pengirim serta penerima bungkusan dadah berkenaan berdasarkan alamat tertera pada bungkusan.

“Nama serta nombor telefon yang ditulis sebagai pengirim dan penerima adalah palsu. Kita juga sedang meneruskan siasatan dari pelbagai aspek termasuk menyoal siasat syarikat operator bas dan syarikat kurier berkenaan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Sekyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang 15 sebatan jika pesalah tidak dijatuhi hukuman mati.

Cubaan edar dadah guna bas express tumpas

Untuk rekod sepanjang 2021, JKDM Sarawak telah merampas lebih 24,000 kilogram dadah jenis metamfetamin, ketamin dan ganja serta 106 biji pil jenis erimin 5 dengan nilai rampasan termasuk aset lebih RM1.3 juta. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan