Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis meminta parlimen -negara-negara G20 mengukuhkan kerjasama bagi mengatasi krisis ekonomi global, selain menggalakkan pemulihan ekonomi dunia di tengah-tengah konflik geopolitik. Foto: rawf8

Indonesia gesa parlimen G20 perkukuh kerjasama pulih ekonomi dunia

ByBernama

JAKARTA,7 Okt: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis meminta parlimen -negara-negara G20 mengukuhkan kerjasama bagi mengatasi krisis ekonomi global, selain menggalakkan pemulihan ekonomi dunia di tengah-tengah konflik geopolitik.

Pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 ke-8 di sini, yang dihadiri wakil parlimen dan berpuluh-puluh parti jemputan, Widodo berkata parlimen global mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam melaksanakan dialog, menggalakkan kebersamaan selain mengelak perpecahan.

“Multilateralisme adalah cara paling berkesan untuk mengatasi cabaran biasa, kerana tiada satu masalah pun boleh diselesaikan oleh satu atau lebih negara semata-mata,” Xinhua memetik Widodo sebagai berkata.

Mesyuarat yang berlangsung dari 6 hingga 7 Okt di Jakarta itu, adalah wadah yang sesuai untuk mewujudkan kebersamaan dengan rakyat serta merentasi negara untuk menjalin kerjasama dalam menyelesaikan masalah serta membina dunia yang adil, tambah Widodo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan