Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: JAPEN.

Bajet 2023: Abang Johari lebih praktikal ketika ekonomi negara kurang menentu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 Okt: Di sebalik mengharap peruntukan dana lebih besar menerusi Bajet 2023, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersikap lebih praktikal ketika keadaan ekonomi negara kurang menentu.

Beliau mengakui Sarawak memerlukan dana yang banyak bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan demi manfaat rakyat.

“Saya perlu lebih praktikal, kalau keadaan (ekonomi) negara kita tidak begitu baik, sudah tentu (kita sedia) susah sama susah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2023 pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Ibu Pejabat Hikmah dan Bangunan Sekolah Tahfiz Hikmah yang baharu di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan Sarawak telah menyediakan dana yang banyak menggunakan sumber kewangan sendiri bagi melaksanakan pelbagai program dan projek yang memanfaatkan rakyat.

Antara projek yang digariskannya ialah pembinaan jalan pesisir, bekalan elektrik, bekalan air. 

“Sebab itu tadi (pada majlis) saya minta orang berdoa supaya pendapatan Sarawak bertambah,” katanya 

Bajet 2023 dijadual dibentang pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan