Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Bomba memasang sawar sawar di kawasan runtuhan di Nanga Beduie Nanga Merurun Julau
Anggota bomba memasang pita tanda amaran di kawasan runtuhan di Nanga Beduie Nanga Merurun Julau

Tanah tepi jalan runtuh di Julau

JULAU, 6 Okt : Hujan lebat menyebabkan tanah di bahu jalan runtuh di tiga lokasi di Daerah Julau pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata lokasi terjejas ialah di Jalan Entabai, Jalan Beduie dan Nanga Beleguai Merurun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bomba pita tanda amaran tanah runtuh di kawasan terbabit.

Bomba juga telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku runtuhan susulan jika hujan lebat masih berterusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan