Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah melawat PBSM Cawangan Miri di sini hari ini. Foto TVS.

Klinik Amal Percuma PBSM akan beroperasi di Kuching tahun depan

MIRI, 5 Okt : Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia akan membuka klinik amal percuma (KAP) di Kuching pada tahun depan.

Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan oleh persatuan itu bersama Yayasan Amal Maaedicare.

Kata Tunku Puteri Intan Safinaz, secara keseluruhan sebanyak 15 klinik seumpama itu dirancang untuk dibuka di seluruh negara.

“KAP memberi sokongan pekhidmatan kesihatan percuma di kawasan masyarakat B40.

“Pada masa sama, kita juga mahu membantu golongan migran dan pekerja asing yang mungkin memerlukan bantuan perkhidmatan percuma,” katanya kepada pemberita selepas melawat PBSM Cawangan Miri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PBSM Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam dan Penasihat PBSM Miri, Dato Sri Lee Kim Shin.

Berhubung pembukaan KAP di Kuching, Tunku Puteri Intan Safinaz memaklumkan, inisiatif itu akan digerakkan oleh PBSM Sarawak bersama Maaedicare.

“Masyarakat perlu mempunyai kesedaran mengenai kepentingan kesihatan supaya mereka dapat mencegah diri daripada pelbagai penyakit dan virus.

“Namun tidak semua orang mempunyai akses untuk mendapatkan bantuan kesihatan terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah kewangan,”katanya.

Sementara itu, Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Tunku Temenggung Kedah akan berangkat menghadiri Perjumpaan Mesyuarat Kepimpinan Bulan Sabit dan Palang Merah Asia Tenggara Ke-19 di Brunei pada 6 hingga 7 Oktober. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan