Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim pada Majlis Perasmian Festival Filem Jepun di GSC CityOne Megamall di Kuching pada Rabu malam.- Foto Zaim Zharfan (TVS).

Festival Filem Jepun 2022 kini kembali di pawagam Golden Screen Cinemas

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Okt: Festival Filem Festival Jepun (JFF) 2022 edisi ke-18 kembali dengan 12 tayangan filem terbaik Jepun bermula 6 hingga 9 Oktober di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih.

Pengarah Yayasan Jepun, Shimada Seiya berkata penganjuran festival filem tersebut menjadi satu medium untuk mempromosikan budaya masyarakat Jepun kepada orang luar.

Tayangan filem-filem pada festival tersebut dijangka akan menarik mereka yang ingin memahami tradisi dan gaya hidup masyarakat Jepun.

“Saya berharap mereka yang berpeluang menonton filem-filem kami akan merasa lebih dekat dengan budaya Jepun dan diharap berkesempatan untuk berkunjung ke Jepun suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Festival Filem Jepun  di GSC CityOne Megamall di sini pada Rabu malam.

Filem-filem yang akan ditayangkan pada festival tersebut merangkumi pelbagai genre termasuk dokumentari, animasi, drama dan kisah cinta yang mengetengahkan pelbagai aspek budaya masyarakat Jepun.

Pemilihan filem khusus untuk JFF 2022 adalah berdasarkan pasaran Jepun dalam masa beberapa tahun ini dan mengikut cita rasa penonton di negara tersebut.

Antara filem tumpuan utama bagi festival filem ini ialah Just Remembering karya Matsui Daigo, filem animasi Blue Thermal dan Inu-Oh serta dokumentari I Go Gaga: Welcome Home Mom oleh Nobutomo Naoko.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap para penonton filem-filem dari Jepun mendapat manfaat kerana masyarakat Jepun terkenal dengan disiplin tinggi.

“Negara Jepun bukanlah satu negara yang asing bagi kita dan mereka sangat terkenal dengan sikap disiplin. Kita mungkin boleh belajar banyak tentang Jepun melalui filem dan dari cara hidup mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan