Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmen bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan Sarawak terutama berkaitan tenaga dan krisis iklim. Foto: Bernama

AS berhasrat kerjasama dalam bidang tenaga, krisis iklim dengan Sarawak – Duta

KUCHING, 6 Okt: Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmen bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan Sarawak terutama berkaitan tenaga dan krisis iklim.

Duta Besar AS ke Malaysia Brian McFeeters berkata ia antara isu yang dibangkit dan dibincangkan ketika kunjungan hormat beliau ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

“Satu daripada topik yang kami bincangkan ialah mengenai tenaga dan krisis iklim, yang kerajaan dan syarikat AS boleh lakukan dalam bekerjasama dengan Sarawak.

“Kami juga berbincang mengenai program kerjasama, kami mempunyai beberapa program pertukaran belia dan pendidikan yang aktif di sini (Sarawak),” katanya kepada pemberita selepas kunjungan berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmen bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan Sarawak terutama berkaitan tenaga dan krisis iklim.

Selain bertemu Abang Johari, McFeeters hari ini turut dijadual bertemu dengan pegawai perhutanan negeri, tenaga dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) hari ini.

Esok, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan pihak media Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan