Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata walaupun penentuan harga hotel di luar kawalan MOTAC namun pihaknya mengambil inisiatif bagi menyuarakan kebimbangan para pelancong dalam negara kepada persatuan untuk ditangani. Foto: Bernama.

MOTAC bertemu persatuan hotel bincang isu kenaikan harga

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Okt : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan perbincangan dengan wakil Persatuan Hotel Malaysia berhubung isu harga hotel di beberapa destinasi percutian dalam negara yang melonjak naik sejak pascapandemik COVID-19.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata walaupun penentuan harga hotel di luar kawalan MOTAC namun pihaknya mengambil inisiatif bagi menyuarakan kebimbangan para pelancong dalam negara kepada persatuan untuk ditangani.

“Kita bercakap dengan pihak tertentu (persatuan), tetapi terpulang dengan cara persatuan untuk menguruskannya. Tetapi kita tidak duduk diam kerana kita hendak bercakap bagi pihak pelancong supaya orang datang (bercuti) ke negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Akal Budi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) 2022 penyerahan PerantiSiswa kepada pelajar Aswara, di sini hari ini.

Mengenai perkembangan pelancong ke Pulau Langkawi, Nancy berkata menurut Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), jumlah ketibaan pengunjung yang melancong ke pulau itu sejak Januari tahun ini telah mencapai 1.8 juta.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ramai rakyat Malaysia memilih untuk bercuti ke Thailand, beliau berkata rakyat kini mahu ‘berubah angin’ untuk merasai pengalaman bercuti di luar negara kerana sudah dua tahun ‘terperangkap’ dalam negara.

“Sama juga pelancong negara lain juga datang ke mari untuk melancong dan lihat negara kita, ini sudah jadi lumrah manusia mahu lihat negara lain. KIta ada sesuatu untuk ditawarkan kepada orang luar, dan negara luar juga ada sesuatu untuk orang kita,” katanya.

Pada majlis itu beliau menyampaikan peranti berupa tablet  kepada 20 mahasiswa Aswara yang layak bagi memastikan proses pengajian mereka terus terpelihara.

Pada majlis sama, Aswara turut merasmikan 13 buku yang dihasilkan oleh pensyarah dan petugasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan