Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada kes culik membabitkan seorang murid sebuah sekolah rendah di bandar ini seperti yang ditularkan, kata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song. Foto IPD Song.

Mesej tular kes culik murid sekolah palsu – IPD Song

SONG, 5 Okt : Tiada kes culik membabitkan seorang murid sebuah sekolah rendah di bandar ini seperti yang ditularkan, kata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Rowney Michael Jalak berkata, tangkap layar yang memaparkan mesej meminta ibu- bapa berhati – hati kerana berlaku kes berkenaan didapati tidak benar.

Katanya, polis telah menjalankan siasatan selepas mengesan perkara itu yang ditularkan menerusi Aplikasi WhatsApp.

“Polis telah ke sekolah berkenaan untuk bertemu guru besar dan pengawal keselamatan.

“Hasil temu bual dengan pihak sekolah, didapati tiada kejadian seumpama itu berlaku.

“Siasatan mendapati mesej tangkap layar itu telah dihantar oleh salah seorang ahli keluarga dalam group WhatsApp sekolah ibu bapa dan guru pada 3 Oktober lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Rowney memberitahu, guru besar sekolah itu juga telah meminta ahli keluarga yang terlibat untuk berjumpa dengannya namun tiada sebarang maklum balas sehingga sekarang.

“Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, IPD Song tidak menerima sebarang laporan polis tentang kanak-kanak cuba diculik menggunakan sebuah pacuan empat roda di sekolah berkenaan,”katanya.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu kerana boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, difahamkan pihak sekolah telah membuat laporan polis berhubung mesej tular itu pada pukul 1.50 petang tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan