Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Yang Dipertua PPSMS, Yong Ing Thung. Foto TVS.

Abang Johari umum dana RM200 ribu kepada Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak

SIBU, 5 Okt : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan dana berjumlah RM200 000 kepada Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS).

Premier Sarawak itu berkata, beliau berharap Kerajaan Sarawak akan dapat terus bekerjasama dengan persatuan berkenaan untuk melahirkan modal insan yang pakar dalam pelbagai disiplin ilmu di negeri ini.

“Ini juga selaras dengn peralihan yang sedang berlaku di seluruh dunia ke arah ekonomi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pengurusan Pendidikan PPSMS 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PPSMS, Yong Ing Thung.

Seramai 194 pengetua menghadiri persidangan berkenaan yang bertemakan Kepimpinan Pendidikan Mendepani Normal Baharu, bermula 4 hingga 6 Oktober.

Sementara itu, Abang Johari berkata, kepelbagaian disiplin ilmu yang dikuasai oleh modal insan di Sarawak akan membantu negeri ini menambah pendapatan.

Dalam pada itu Ing Thung berkata, persatuan berkenaan menghargai sokongan padu termasuk aspek kewangan disalurkan kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak.

“Pada 2020, PPSMS menerima dana berjumlah RM682 840 bagi membantu sekolah di negeri ini meningkatkan bilangan pelajar yang layak mendapat sijil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Menerusi dana berkenaan, kita mendapati terdapat peningkatan peratusan calon yang layak mendapat sijil.

“Bagi subjek Bahasa Malaysia, peratusan yang dicatatkan pada 2020 ialah sebanyak 93.71 dan meningkat kepada 96.67 peratus tahun lepas.

“Sejarah pula, pencapaian pada 2020 ialah 88.91 peratus dan meningkat kepada 89.12 peratus tahun lepas,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan