Pembukaan hab inovasi digital di Sibu telah mewujudkan satu platform untuk para usahawan di Sibu mempelajari dan mengaplikasi teknologi ke dalam perniagaan mereka. Foto: Yusuf (TVS)

Abang Johari lancarkan Hab Digital Sibu, pacu pertumbuhan syarikat pemula Sarawak

ByYusuf Shukri

SIBU, 5 Okt : Pembukaan hab inovasi digital di sini telah menyediakan platform untuk usahawan mengaplikasi teknologi digital dalam operasi masing – masing, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pembukaan hab berkenaan juga mampu menjadi pembuka jalan kepada penubuhan tiga syarikat pemula (star up) yang disasarkan di sini.

“Perkara yang penting adalah untuk mewujudkan hab inkubator di mana para usahawan boleh berkarya tidak kira dalam apa jua industri untuk  mencipta produk baharu melalui analisa menggunakan peralatan berteknologi tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Hab Inovasi Digital Sibu yang akan dikendalikan oleh Caliphs Digital Group Sdn. Bhd.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi), Dr. Annuar Rapaee dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Sudarnoto Osman.

Sementara itu Abang Johari berkata, tindak balas pasaran juga menjadi faktor penting sebelum keputusan menubuhkan hab berkenaan dilakukan.

Dalam konteks di Sarawak kata beliau, terdapat kawasan  yang menerima maklum balas cukup memberangsangkan sehingga ‘tidak cukup tempat’ terutamanya bagi industri kreatif.

“Sebagai contoh, sekarang ini ramai yang sedang menghasilkan drama. Mereka memerlukan studio yang mempunyai kelengkapan yang lengkap dan moden,”katanya.

Bagi membantu pemain industri kreatif kata Abang Johari, Kerajaan Sarawak menyediakan Hab Inovasi berkenaan yang dilengkapi dengan peralatan malahan akan membantu mempromosikan karya dihasikan.

Sementara itu, Sudarnoto berkata, SDEC menyasarkan untuk melahirkan lebih 20 syarikat pemula pada tahun ini di kesemua hab inovasi yang telah mula beroperasi di Sarawak.

“Sasaran SDEC ialah kita mahu mempunyai lebih 500 syarikat pemula menjelang 2030,”katanya.

Pada acara yang sama, SDEC juga telah melancarkan sistem penyimpanan data cloud baharu iaitu SDeCLOUD yang boleh diakses oleh orang awam yang disimpan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan