Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) selama sejam berbanding pilihan raya umum sebelum ini iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

SPR panjangkan tempoh pengundian PRU15 selama sejam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) selama sejam berbanding pilihan raya umum sebelum ini iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan masa pengundian bagi Semenanjung Malaysia akan bermula 8 pagi hingga 6 petang manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Pemanjangan tempoh masa ini dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mengenai langkah penambahbaikan SPR untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU15 dan seterusnya.

Menurutnya SPR turut menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada bagi mengelak  kesesakan di pusat-pusat mengundi, susulan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

Beliau berkata langkah penambahbaikan itu dilaksanakan bagi memastikan penjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan