Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia will demolish and rebuild a football stadium where a stampede killed more than 130 people this month, President Joko Widodo said on Tuesday as he vowed to "thoroughly transform" the sport in the soccer-mad nation. Foto TVS.

Pegawai polis yang terbunuh di Stadium Kanjuruhan dinaikkan pangkat

ByBernama

JAKARTA, 4 Okt: Dua pegawai polis yang terkorban ketika bertugas dalam tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, dinaikkan pangkat.

Brigadier Pertama Fajar Yoyok Pujianto dinaikkan pangkat kepada Brigadier manakala Ketua Brigadier Andik Purwanto kepada Asisten Inspektor, mengikut arahan Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo.

Kenaikan pangkat itu diumumkan oleh Ketua Biro Sumber Manusia Polis Jawa Timur Pesuruhjaya Jeneral Harry Kurniawan semasa menziarah keluarga kedua-dua pegawai itu.

Media tempatan melaporkan, polis Indonesia juga akan memberi hak dan bantuan lain bagi menjaga kebajikan keluarga mereka.

Pegawai itu adalah antara 125 orang yang terkorban selepas perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai di padang, lalu. menyebabkan rempuhan.

Tragedi itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas 3-2, dan mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya menceroboh masuk padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan.

Tidak kurang 323 lagi cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan