Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak menyerahkan sumbangan sebanyak RM2.5 juta untuk kegunaan dua persatuan yang berpusat di bandar raya ini. Foto TVS.

UNIFOR Sarawak serah dana RM2.5 juta untuk dua persatuan di Miri

MIRI, 2 Okt : Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak menyerahkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM2.5 juta untuk kegunaan dua persatuan di bandar raya ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 juta diserahkan kepada Persatuan Penganut Dewan Some Shak Lung Kung.

Katanya, dana sebanyak RM800 000 pula diserahkan kepada Gurdwara Sahib Miri.

“Ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak kepada rakyat pelbagai bangsa dan agama di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana UNIFOR di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan) Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Pengarah UNIFOR, Richard Lon.

Sementara itu, Kim Shin berkata, beliau berharap agar bantuan yang disampaikan akan membantu kedua – dua persatuan berkenaan melaksanakan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan masyarakat setempat.

“Kerajaan berhasrat untuk terus memberi sokongan dan bantuan kepada pelbagai rumah ibadat lain seperti tokong, gereja dan gurdwara agar mereka juga dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan,”katanya.

Dalam pada itu, Richard berkata, inisiatif berkenaan juga bertepatan dengan salah satu Strategi Pembangunan Pasca Covid 2030 (PCDS) iaitu ke arah membentuk masyarakat yang inklusif supaya setiap rakyat tidak terkecuali untuk menerima bantuan dan menikmati peluang yang disediakan.

“Kita dapat melihat keprihatinan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menjaga kepentingan rakyat.

“Sebab itu menerusi PCDS kita mahu semua bangsa dan agama di Sarawak menikmati kemakmuran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan