Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Len Talif Salleh hadir pada Program Sambutan Hari Warga Emas Negeri Sarawak 2022 Bahagian Sarikei di sini semalam. Foto TVS.

Perhalusi sistem penyampaian elak keciciran penerima bantuan

SARIKEI, 2 Okt : Kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat penting bagi menangani masalah keciciran bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai agensi kerajaan yang lain, kata Datu Len Talif Salleh.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri berkata, sekiranya masalah itu terus berlarutan, hasrat kerajaan untuk membantu golongan memerlukan tidak akan mencapai matlamat.

“Kerajaan menerusi agensi – agensi di bawahnya telah menyediakan pelbagai bantuan kepada semua lapisan masyarakat.

“Ini termasuklah bantuan am negeri, bantuan warga emas, pesakit kronik terlantar, bantuan persekolahan, khairat kematian, Kad Kenyalang Emas dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sambutan Hari Warga Emas Negeri Sarawak 2022 Bahagian Sarikei di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata JKM telah turun padang untuk ‘mencari’ golongan yang memerlukan bantuan.

“Mereka juga mempunyai data hasil kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti lokasi atau warga emas yang melebihi 60 tahun dan layak untuk menerima bantuan,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, bantuan yang disediakan membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terutama kepada golongan yang memerlukan.

“Namun demikian, sikap proaktif pemimpin tempatan juga amat penting bagi memastikan tiada yang terlepas pandang,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan