Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Agil Natt ketika mengetuai rombongan Affin Bank Berhad semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya, Kuching pada Isnin. Foto TVS.

Affin Bank Berhad sedia tambah cawangan di Sarawak

KUCHING, 3 Okt: Affin Bank Berhad merancang untuk menubuhkan dua lagi cawangannya di Sarawak sebagai usaha untuk memperluaskan perkhidmatannya di negeri ini.
 
Pengerusinya Dato Agil Natt berkata, setakat ini pihaknya memilki enam cawangan Affin Bank yang beroperasi di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
 
 
“Sebagai usaha memperkasakan perkhidmatan Affin Bank di Sarawak, kita bercadang untuk mewujudkan dua lagi cawangan di Kuching dan Bintulu sebagai tambahan kepada cawangan sedia ada,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini pada Isnin.
 
Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Agil tersebut turut memaklumkan kepada Tun Abdul Taib mengenai hasrat bank tersebut untuk membuka lebih banyak cawangan di Sarawak.
 
Untuk rekod, setakat ini bank komersial itu mempunyai 115 cawangan di seluruh Malaysia termasuk enam di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan