Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri Kuching Marathon 2022 di Padang Merdeka, di sini, awal pagi tadi. Foto Faitullah Morni (TVS).

Parti politik sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Abdul Karim

ByNina Azman

KUCHING, 2 Okt : Parti – parti politik di Sarawak serta di Semenanjung Malaysia dilihat sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15), kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, sehubungan itu tidak menjadi masalah sekiranya PRU-15 berlangsung dalam tempoh terdekat atau ‘dibawa’ ke tahun hadapan.

“Di Sarawak, kita menunggu sahaja seruan PRU-15 dibunyikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kuching Marathon 2022 di Padang Merdeka, di sini pagi tadi.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata demikian sebagai mengulas desas- desus mengatakan Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut tidak menolak kemungkinan PRU-15 akan diadakan pada tahun ini seperti yang dituntut oleh UMNO kelmarin.

Kepada kebimbingan segelintir pihak yang berpendapat pilihan raya tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat kerana ramalan berlakunya banjir, Abdul Karim berkata, ‘kita’ bukannya Tuhan untuk menentukan bencana itu akan berlaku dengan tepat.

”Setiap kali ada pilihan raya ada yang kata gempa bumi, taufan dan sebagainya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan