Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan menyebut lapan kenderaan polis turut rosak dalam rusuhan penyokong bola sepak.Foto TVS

Liga Indonesia digantung, dua polis antara yang maut

JAKARTA, 2 Okt : Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menggantung serta merta Liga 1 susulan rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang malam tadi yang menyebabkan 127 orang terbunuh.
 
Menurut PSSI, tindakan berkenaan akan berkuat kuasa selama seminggu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.
 
Pada masa sama, Arema FC yang merupakan tuan rumah malam tadi dalam aksi menentang Persebaya turut digantung sebagai penganjur dalam baki saingan musim ini.
 
“PSSI juga akan bekerjasama dengan polis yang akan melakukan siasatan kes ini,” jelas persatuan itu menerusi kenyataan media.
 
Kejadian itu dipercayai berpunca akibat kemarahan penyokong tuan rumah yang tidak dapat menerima  pasukan mereka tewas 2-3 kepada pelawat.
 
Keputusan semalam merupakan kekalahan kali pertama Arema FC kepada Persebaya dalam tempoh 23 tahun.
 
Penyokong yang berang kemudian menceroboh kawasan padang dengan polis kemudian bertindak melepaskan gas pemedih mata.
 
Tindakan itu menyebabkan penyokong lari menyelamatkan diri sehingga berlaku kejadian pijak memijak selain ada yang mengalami sesak nafas.
 
Dua anggota polis dilaporkan terkorban selain penyokong wanita dan kanak – kanak.
 
Lebih 42,000 penyokong hadir ke stadium menyaksikan perlawanan malam tadi.
 
Rusuhan kemudian turut merebak di luar kawasan stadium dengan terdapat laporan menyebut sebanyak lapan kenderaan polis turut rosak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan