Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Foto TVS.

Kerajaan serius tangani isu culik babitkan rakyat Malaysia

KOTA KINABALU, 2 Okt : Kerajaan komited untuk membanteras sindiket penculikan yang mengancam rakyat negara ini, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kementeriannya bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal yang melibatkan keselamatan rakyat sama ada dalam atau luar negara.
 
“Segala kes culik memang kita (Kementerian Dalam Negeri) bertanggungjawab, contohnya kes seorang wanita diculik di Kota Bharu, baru – baru ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kita Demi Negara di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini hari ini.
 
Baru – baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes culik membabitkan seorang agen kosmestik wanita di Kelantan yang dilarikan ke Thailand.
 
Selepas hampir dua minggu, wanita itu berjaya diselamatkan menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand.
 
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pasukan keselamatan negara khususnya PDRM mempunyai jaringan kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol).
 
“Oleh itu,  rakyat perlu memberi kepercayaan kepada agensi keselamatan negara untuk membanteras perkara ini.
 
“Polis kita mempunyai kerjasama yang kuat di luar negara,”katanya.
 
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ‘kemahuan’ UMNO supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15), Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, perkara itu perlu dilakukan apabila sampai masanya.
 
“Sekiranya waktu pemerintahan sesebuah kerajaan tamat, maka ianya (Parlimen) perlu dibubarkan bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan