Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap semasa Majlis Penangguhan Mini Karnival Usahawan Desa 2022 di Limbang (KUD@Limbang 2022) di sini hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Kerajaan Persekutuan kembalikan status wilayah kepada Sabah dan Sarawak

ByAmirah Shawel

LIMBANG, 2 Okt : Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan langkah untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu sebelum ini juga telah mendapat sokongan sebulat suara ketika dibawa ke Parlimen malah usaha berkenaan berterusan.

“Semasa mesyuarat kabinet, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ingin mengembalikan gelaran itu seperti yang telah termaktub dalam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Penangguhan Mini Karnival Usahawan Desa 2022 di Limbang (KUD@Limbang 2022) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah.

Pada tahun lepas, Kerajaan Persekutuan mengumumkan Sabah dan Sarawak menjadi wilayah yang berkuat kuasa serta – merta.

Sementara itu, kata Mahdzir antara langkah lain termasuklah membawa semula usul itu ke Parlimen untuk dibahaskan bagi mengekalkan butiran dalam MA63.

Oleh itu jelas Mahdzir, Sarawak dan Sabah kini memiliki status sebagai sebuah wilayah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan