Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatiyah Ice Cream yang dihasilkan usahawan Lawas kini semakin mendapat permintaan tinggi. Foto TVS.

Ais krim ‘Made in Lawas’ intai peluang berkembang di seluruh Sarawak

ByAmirah Shawel

LIMBANG, 2 Okt : Benar kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Itulah yang dilakukan oleh Fatiyah Julaiher yang mencabar diri dengan mengusahakan perniagaan ais krim di Lawas.

Selepas hampir lima tahun, perniagaannya terus berkembang malah turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Katanya, jenama Fatiyah Ice Cream bermula dengan modal RM1,000 sahaja.

“Saya memilih untuk mengeluarkan ais krim jenama sendiri kerana perniagaan ini mudah untuk diuruskan selain tidak memerlukan belanja yang besar,”katanya kepada TVS.

Fatiyah merupakan salah seorang usahawan yang menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD@Limbang) 2022 yang bermula sejak Jumaat lepas selama tiga hari.

Katanya, ais krim yang dikeluarkan oleh syarikatnya kini turut ditempah oleh pelbagai pihak dan disajikan pada majlis keraian.

Ditanya perancangan masa depan, Fatiyah berkata, dia berhasrat untuk membuka francais di seluruh Sarawak.

”Pada mulanya saya hanya memasarkan ais krim kole ini  di sekitar Lawas sahaja namun lama kelamaan ianya  turut digemari oleh masyarakat luar,”katanya.

Sepanjang menjalankan perniagaan, Fatiyah mengakui dia juga pernah menerima bantuan termasuklah oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

”Menerusi bantuan itu , saya membeli mesin dan peralatan lain untuk mempercepatkan proses pengeluaran produk,” katanya.

Katanya, Limbang kini menjadi ‘sasaran baharu’ untuk terus mengembangkan perniagaannya.

Ditanya mengenai penyertaannya pada KUD@Limbang, Fatiyah berkata, acara ini menjadi platform terbaik untuk mempromosikan produknya selain membuka jaringan perniagaan hingga ke luar kawasan.

Fatiyah yang mampu menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan berharap agar ais krimnya kelak mampu setanding dengan jenama lain di pasaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan