Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: TVS

Sarawak tubuh tribunal urus isu strata – Abang Johari

ByNazirah Adlina

KUCHING, 30 Sept : Sarawak akan menubuhkan sebuah tribunal untuk mengurus serta menyelesaikan pertikaian strata membabitkan pembeli rumah dan pemaju.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tribunal berkenaan kelak akan menjadi platform untuk membincangkan serta melancarkan isu melibatkan perkara itu.

“Saya ingin berkongsi dengan anda bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan tribunal strata jika ada pertikaian di antara pembeli dan pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Housing And Real Estate Developers Association (SHEDA) Property Expo 2022 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata, tribunal strata harus ditubuhkan bagi menambah baik industri perumahan di negeri ini.

Selain itu beliau turut bersetuju terhadap cadangan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) supaya memberikan RM10,000 kepada pembeli rumah pertama yang pinjaman bank komersial telah diluluskan.

Beliau menambah, bantuan ini merupakan skim deposit yang menyeluruh dan ia akan memberi kelebihan kepada bank kerana menjamin pembayaran semula. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan