Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada pada Majlis Perasmian Penyiapan Mekanikal, Perolehan Dan Pembinaan (EPC) antara Sarawak Shell Bhd (SSB) bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Penerokaan Tenaga Brunei di Demak Maju, di sini hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS).

Sarawak terapkan teknologi kurangkan jejak karbon, tangani perubahan iklim – Abang Johari

ByNazirah Adlina

KUCHING, 1 Okt : Sarawak telah mengorak langkah ke arah mengurangkan jejak karbon bagi menangani isu perubahan iklim yang dihadapi di seluruh dunia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi pengenalan beberapa polisi termasuk Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menarik perhatian agensi Kerajaan Persekutuan.

Malah katanya, ianya selari dengan amalan negara – negara di Eropah yang sedang berusaha menangani perubahan iklim.

“Saya telah berkongsi dengan pengurusan tertinggi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang datang ke Sarawak. Mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCDS 2030.

“Mereka (MIER) akui PCDS merupakan polisi yang baik untuk rakyat Sarawak.

“Kita mesti ada rangka tindakan untuk berdepan dengan perubahan iklim kerana ianya merupakan perkara yang serius, lihat apa berlaku di Pakistan, Australia dan Amerika Syarikat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penyiapan Mekanikal, Perolehan Dan Pembinaan (EPC) antara Sarawak Shell Bhd (SSB) bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Penerokaan Tenaga Brunei di Demak Maju, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Petros, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Pengerusi Brooke Dockyard And Engineering Works Coporation, Datu Ir Safri Zainudin dan Pengerusi Shell Malaysia dan Timbalan Presiden Upstream Malaysia, Ivan Tan.

Majlis tersebut merupakan Projek Pembangunan Padang Timi yang sedang dibangunkan sebagai sebahagian daripada Kontrak Perkongsian Pengeluaran SK318 dengan SSB sebagai operator yang telah difabrikasi di kawasan Fabrikasi Brooke Dockyard Sejingkat dan Demak.

Kerajaan Sarawak sebelum ini menyasarkan untuk merealisasikan matlamat ke arah ekonomi hijau di negeri ini menjelang 2030 menerusi pengenalan PCDS.

Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak sangat serius untuk menangi perubahan iklim dan mencari teknologi terbaik untuk mendepani perkara berkenaan.

Sementara itu, Abang Johari berkata, projek Padang Timi itu yang dipacu oleh sistem kuasa hibrid solar dan angin menunjukkan komitmen jelas Sarawak dan pihak – pihak terlibat untuk memperkasakan kemajuan teknologi berteraskan tenaga hijau.

Kata beliau, walaupun masih ramai yang sangsi dengan ‘keupayaan’ tenaga angin, namun sudah banyak negara di Eropah, menggunakan tenaga tersebut bagi menjana kuasa di persisir.

“Ini merupakan teknologi baharu dan saya percaya di sini (Sarawak) adalah yang pertama di rantau ini,” katanya.

Tambah Abang Johari lagi, penerapan teknologi baharu juga akan membuatkan keseluruhan industri berkenaan bertambah kompetitif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan