Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Tellian, Royston Valentine. Foto: TVS

Populasi kecil bukan ‘alasan’ Sarawak terima peruntukan rendah

MUKAH 1 Okt : Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya melihat faktor populasi Sarawak yang kecil sebagai ‘alasan’ untuk tidak menyalurkan peruntukan besar menerusi pembentangan Bajet 2023 ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, perkara pokok yang harus diberi pertimbangan ialah keperluan pembangunan di Sarawak terutamanya melibatkan kawasan luar bandar.

Katanya, pembangunan di luar bandar dan kawasan pedalaman merupakan perkara mendesak untuk Sarawak ketika ini.

“Kerajaan tidak boleh melihat faktor jumlah populasi di Sarawak kerana seharusnya melihat faktor keluasan Sarawak yang memerlukan pembangunan secara menyeluruh.

“Kita masih lagi berharap agar Kerajaan Persekutuan memberi tambahan peruntukan untuk menjayakan pembangunan infrastruktur terutamanya keperluan asas supaya setaraf dengan kawasan bandar,” katanya.

Belia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jerayawara Pro-DR di Dewan Suarah Mukah di sini semalam.

Mengulas lanjut, Royston berkata, sekiranya tambahan peruntukan disalurkan, pelbagai program kesejahteraan rakyat termasuk yang memanfaatkan golongan belia dapat dilaksanakan.

“Kita tidak mahu gologan muda di luar bandar atau pedalaman terus ketinggalan dalam pelbagai aspek,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan meletakkan bajet yang tinggi untuk Sarawak kerana keluasan negeri ini menyamai saiz Semenanjung Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan