Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah menghadiri Pameran Kucing bersempena KUD@Limbang 2022 hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah. Foto TVS.

KUD@Limbang 2022 lepasi sasaran jualan dengan RM270,000 sehari

ByAmirah Shawel

LIMBANG, 1 Okt : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meletakkan sasaran baharu kutipan Karnival Usahawan Desa 2022 (KUD@Limbang 2022) iaitu RM500,000 setelah berjaya melepasi rekod lama pada hari pertama penganjuran semalam.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kutipan pada hari pertama semalam mencecah RM270,000 sekaligus melebihi sasaran asal iaitu RM200,000.

Menurutnya jumlah jualan tersebut merangkumi jaringan perniagaan, jualan langsung dan pitching.

Baca artikel berkaitan:

1. KUD Limbang sasar jualan RM200 ribu

2. KUD 2022 penentu Limbang sebagai hab usahawan desa 

3. GiatMARA Limbang dicadang tambah kursus barista

“Pada awalnya kita tidak berani meletakkan sasaran yang tinggi dengan mengambil kira keadaan sekeliling.

“Namun kita telah melepasi sasaran untuk keseluruhan program ini dengan jualan langsung sahaja telah mencapai RM154,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Pameran Kucing bersempena KUD@Limbang 2022 di sini hari ini.

Menjelaskan potensi Limbang sebagai hab usahawan desa, Hasbi berkata, sekiranya trend ekonomi di kawasan itu berkembang susulan penganjuran karnival seperti KUD, KPLB akan mengusahakan pelbagai kemudahan untuk agensi kementerian itu di sini.

“Kita boleh usahakan di utara Sarawak ini untuk jualan produk, pusat pengedaran dan sebagainya dalam menjadikan Limbang sebagai hab agensi KPLB,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, sasaran kunjungan juga telah diubah daripada 5,000 orang setiap hari kepada lebih 18,000 pengunjung.

Melihat pencapaian program itu yang merekodkan 9,786 orang daripada pelbagai kawasan termasuk negara jiran, Brunei semalam, Hasbi berkata, adalah wajar untuk meletakkan sasaran baharu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan