Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Penajanya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selepas itu juga, GTA akan membuat keputusan sama ada membantah atau menyokong tarikh pembubaran Parlimen yang akan membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

GTA nyatakan pendirian tarikh bubar selepas dipersembahkan kepada Agong

ByBernama

CYBERJAYA, 1 Okt: Gerakan Tanah Air (GTA) akan menyatakan pendiriannya mengenai cadangan tarikh pembubaran Parlimen selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Penajanya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selepas itu juga, GTA akan membuat keputusan sama ada membantah atau menyokong tarikh pembubaran Parlimen yang akan membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

“Kita berpendapat bahawa sepatutnya PRU15 diadakan pada waktu kita tidak menghadapi banjir besar dan angin kencang supaya semua pengundi selamat dan boleh mengundi dengan baik,” katanya pada sidang media selepas program Suara Tanah Air di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini dan Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan proses pendaftaran gerakan itu tidak dapat dipercepatkan kerana terdapat lebih 30 parti politik turut membuat permohonan, namun RoS memberi pengakuan GTA tiada masalah untuk didaftarkan.

Dr Mahathir juga berkata GTA bercadang untuk menampilkan lebih 30 peratus calon muda dalam PRU15. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan