Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kiri) bergambar selepas merasmikan Festival What About Kuching (WAK 2022) disalah sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuching. Foto: TVS

Bangga budaya dan warisan Sarawak mendapat perhatian dunia – Abdul Karim

KUCHING, 1 Okt : Kebudayaan dan warisan Sarawak yang dipamerkan untuk tontonan umum selepas pembukaan Muzium Budaya Borneo (BCM) merupakan satu kebanggaan kepada rakyat negeri ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata,  selain menggunakan teknologi terkini dalam pameran, BCM juga menarik perhatian kerana pengurusan cekap agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat memelihara, mendokumentasi dan mempromosikan bahan kebudayaan kepada dunia.

Katanya, penganjuran festival kesenian seperti What About Kuching (WAK 2022) turut membantu usaha kementerian dalam menjadikan Kuching dan Sarawak sebagai tumpuan dunia dalam aspek kesenian dan kraf tangan.

“Selepas Bandaraya Kuching dianugerahkan World Craft City oleh World Craft Council pada 2018, kementerian saya telah berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta serta NGO untuk meningkatkan, mengembang dan mempromosikan kesenian dalam pelbagai bidang.

“Selain itu, golongan pakar kraf tangan juga harus bersedia untuk menurunkan ilmu dan kemahiran mereka bagi memastikan kelestarian seni tersebut kepada golongan muda,”katanya.

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival WAK 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Sempena program itu, turut dilancarkan Sprout Fest iaitu festival yang mengumpulkan komuniti pencinta kebun kecil.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, beliau berharap agar universiti awam dan swasta turut memainkan peranan dalam meningkatkan kreativiti di kalangan pelajar dan memberikan inspirasi dalam penghasilkan genre seni yang berbeza.

“Pada hari ini kita dapat lihat banyak karya seni moden pelbagai saiz dan bentuk yang mendapat inspirasi berdasarkan motif tradisional dan digantung di tempat kerja dan rumah.

“Saya berharap eksperimentasi seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang sehingga kita menjadi kuasa besar dunia seni pada tahun mendatang,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan