Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ejen pelancongan dari Singapura meneroka Bandaraya Kuching. Foto: Sarawak Tourism Board

STB terus agresif promosi aset pelancongan Sarawak

ByDamia Amani

KUCHING, 30 Sept: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) terus agresif dalam usaha mereka untuk memacu industri pelancongan dengan pelbagai inisiatif untuk memperkenalkan aspek kebudayaan, pengembaraan, keindahan alam semula jadi, makanan dan festival di Sarawak.

Terbaru, STB telah mengadakan sesi “business networking” untuk agensi-agensi pelancongan dari Brunei, Indonesia dan Singapura untuk memberikan penerangan yang lebih jelas tentang industri pelancongan Sarawak selain memperkenalkan aset-aset pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelancong-pelancong dari negara tersebut.

Brunei, Indonesia dan Singapura mendahului senarai pelawat terbanyak ke Sarawak pada 2019 sebelum bermulanya era pandemik Covid-19. Brunei menduduki tempat pertama dengan 1,296,017 ketibaan pelawat, diikuti Indonesia dengan 418,461 ketibaan pelawat manakala Singapura menyumbang sebanyak 46,812 ketibaan pelawat ke Sarawak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Suriya Charles Buas ketika berucap di sesi tersebut berkata, dengan pemulihan sektor pelancongan yang kembali rancak sekarang, ini adalah masa yang sesuai untuk Sarawak kembali agresif dalam memperkenalkan aset pelancongan Sarawak.

Selain dari sesi suai kenal, wakil-wakil dari agensi pelancongan tersebut juga di bawa melawat ke kawasan-kawasan pelancongan di Sarawak.

“Kami berharap jadual perjalanan yang dirancang  akan menjadi pengalaman yang membukakan mata bagi rakan kongsi kami untuk meneroka prospek perniagaan dan pakej pelancongan menarik yang berpotensi untuk menarik pasaran pelancongan dari Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Selain itu, Sarawak juga berminat untuk memajukan pelancongan perubatan. Terdapat peluang besar untuk membangunkan penjagaan kesihatan Sarawak pada masa yang akan datang.

“Kebanyakkan pesakit asing yang mendapatkan rawatan kesihatan di sini datang dari Indonesia jadi kami ingin menunjukkan kepada rakan-rakan di Indonesia bahawa Sarawak juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk berehat dan bersantai.”  jelasnya.

Lawatan pengenalan itu turut disertai oleh pegawai daripada Tourism Malaysia Jakarta, Tourism Malaysia Brunei dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) dan juga 40 pemain industri pelancongan Sarawak bagi menjalin rangkaian dan mempromosikan produk Sarawak kepada agensi-agensi pelancongan yang hadir.

Antara jadual yang telah dirancang untuk lawatan pengenalan itu termasuk lawatan ke Mulu, salah sebuah Warisan Dunia UNESCO, Muzium Kebudayaan Borneo dan Galeri Keringkam, Kuching Waterfront, sesi berbasikal sekitar Kuching dan selain memperkenalkan pelbagai makanan tradisi Sarawak yang terdapat di Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan