Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak tidak mahu menunggu lebih lama untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik kepada rakyat, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS.

Sarawak tidak mahu tangguh lagi bina pengangkutan awam – Abang Johari

ByNazirah Adlina

KUCHING, 30 Sept : Kerajaan Sarawak tidak mahu menunggu lebih lama untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik kepada rakyat, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, sudah tiba masanya untuk negeri ini memiliki sistem pengangkutan awam yang baik.

Ujar beliau, kemudahan ini diperlukan untuk memudahkan pergerakan orang ramai.

“Namun saya sedar masih ada yang sangsi dengan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) serta kesesuaian masa untuk laksanakannya.

“Bagi saya, kita tidak dapat menunggu masa yang sesuai kerana perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Housing And Real Estate Developers Association (SHEDA) Property Expo 2022 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata, selepas Sarawak mempunyai jaringan sistem pengangkutan awam, ianya akan memudahkan perancangan untuk memajukan jaringan sedia ada.

“Pergerakan akan lebih mudah dan ini bermakna anda dapat memajukan perumahan anda di mana-mana,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, beliau menjangkakan projek perumahan di Samalaju akan mendapat permintaan yang tinggi.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri menjangkakan kemasukan ramai pelabur asing ke Bintulu, terutamanya Samalaju.

“Satu lagi isu amat penting yang saya ingin kongsikan bersama anda ialah, apabila ekonomi kita sudah bagus, orang akan melabur.

”Sekarang ada kekurangan rumah disebabkan oleh kemasukan pelaburan ke Bintulu, khususnya Samalaju,” jelas beliau.

Abang Johari menambah, ini menandakan masa depan yang cerah bagi Sarawak dan pelabur yang ‘ingin masuk’ ke sini memerlukan sokongan perkhidmatan pelbagai pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan