Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara sukan air paling ikonik di Sarawak iaitu regatta yang berlangsung sempena Festival Tebingan Kuching 2022 bermula dari 4 hingga 6 November ini akan menyaksikan bermulanya pemburuan gelaran ‘raja sungai’ yang baharu melibatkan pasukan dari dalam dan luar Sarawak. Foto: TVS

Penganjuran dua sukan air hangatkan sektor pelancongan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

 

KUCHING, 30 Sept : Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival tahun ini menyaksikan kategori perlumbaan baharu iaitu perahu tambang diperkenalkan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, festival yang  bermula pada 4 hingga 6 November ini akan menyaksikan pemburuan gelaran ‘raja sungai’ yang baharu melibatkan pasukan tempatan dan luar Sarawak.

Kata beliau, penyertaan yang diterima pada edisi kali ini juga amat memberangsangkan.

“Perlumbaan pada tahun ini melibatkan kategori perahu balok, perahu bidar, perahu kenyalang dan satu kategori baru iaitu perahu tambang dengan 26 peringkat saringan dan 14 peringkat akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  mengetuai Jawatankuasa Induk Sarawak Regatta – Festival Tebingan Kuching melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya di Demak Jaya, di sini, hari ini.

Kunjungan itu bertujuan untuk menjemput Tun Abdul Taib hadir pada majlis penutupan acara itu.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut memaklumkan acara Perahu Naga Antarabangsa Sarawak turut kembali dianjurkan setelah dua tahun menyepi akibat daripada pandemik COVID-19.

Ujar beliau, acara berkenaan akan bermula pada 28 hingga 30 Oktober ini yang melibatkan lebih daripada 2,000 pendayung termasuk peserta luar dari Amerika Syarikat, Cyprus, Iran dan Georgia.

“Secara keseluruhan, pasukan dari 16 negara telah mengesahkan penyertaan,”katanya.

Sementara itu, turut melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Abdul Taib ialah Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Ulang Tahun Tuan Yang Terutama (TYT) 2022 yang diketuai Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Kunjungan itu bertujuan untuk menjemput Tun Abdul Taib untuk hadir ke Sambutan Hari Lahir yang ke-86 beliau yang berlangsung  di Miri bermula 7 hingga 9 Oktober ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan