Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy Shukri mengadakan pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi sempena Persidangan Dunia Mengenai Dasar Kebudayaan dan Pembangunan Mampan UNESCO di Mexico, semalam.Foto MOTAC.

Malaysia dan Arab Saudi perkukuh kerjasama kebudayaan dan pelancongan – Nancy

ByDamia Amani

KUCHING, 30 Sept : Malaysia dan Arab Saudi akan terus meneroka kerjasama membabitkan bidang pelancongan dan kebudayaan, kata Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau yang Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, perkara itu merupakan antara yang dibincangkan pada pertemuan dengan rakan sejawatnya dari negara berkenaan, Putera Badr Abdullah sempena Persidangan Dunia Mengenai Dasar Kebudayaan dan Pembangunan Mampan UNESCO di Mexico, semalam.

“Menerusi pertemuan dua hala ini, perkara yang telah dibincangkan ialah melibatkan kerjasama kebudayaan khususnya dalam bidang pemuziuman di antara Arab Saudi dan Malaysia pada tahun depan,”katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sementara itu, Nancy berkata, beliau turut mencadangkan penganjuran Pertunjukan Fesyen Malaysia – Arab Saudi di Kuala Lumpur.

“Ini mampu untuk mempromosikan keunikan seni tekstil di kedua-dua buah negara,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan