Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Foto TVS.

Lebih 7,000 polis Sarawak bersedia PRU-15, banjir

KUCHING, 30 Sept : Seramai 7,063 pegawai dan anggota polis di Sarawak bersedia untuk ditugaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, persediaan itu sebagai memenuhi kawalan keselamatan sepanjang PRU-15 melibatkan penamaan calon, kempen dan hari pengundian kelak.

Jelas beliau, jumlah berkenaan hanya membabitkan polis di Sarawak tanpa tambahan anggota dari Semenanjung Malaysia.

“Persediaan kita (Polis Sarawak) mencukupi.

“Kita mengambil iktibar ketika penugasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 lalu. Sejak awal tahun, kita sudah bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Kesemua anggota berkenaan kata Mohd. Azman termasuklah Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.

“Pada PRN-12 tahun lalu, seramai 7,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan di semua 1,866 pusat mengundi di negeri ini,”katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, Polis Sarawak juga telah menyediakan seramai 1,663 pegawai dan anggota sebagai persiapan menghadapi Monson Timur Laut.

“Malah persediaan turut melibatkan pelbagai aset yang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menyertai sebarang operasi jika banjir berlaku,”katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, pusat pemindahan sementara yang disediakan melibatkan  631 lokasi di seluruh Sarawak yang boleh memuatkan seramai 188, 360 orang mangsa banjir. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan