Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak bercadang mencari mekanisma dan langkah-langkah perlu yang boleh diperkenalkan untuk memastikan kebajikan kewangan penjawat awam di Sarawak termasuk mengenai kadar gaji, selari dengan keadaan ekonomi semasa.

Sarawak cari mekanisme baharu tangani isu gaji penjawat awam rendah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Sept: Kerajaan Sarawak bercadang mencari mekanisma dan langkah-langkah perlu yang boleh diperkenalkan untuk memastikan kebajikan kewangan penjawat awam di Sarawak termasuk mengenai kadar gaji, selari dengan keadaan ekonomi semasa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata gaji semasa penjawat awam khususnya di negeri ini tidak memadai justeru satu langkah menambahbaik sistem penggajian akan dibuat.

‘Secara jujurnya saya rasa gaji penjawat awam tidak memadai.

“Oleh yang demikian Kerajaan Sarawak bercadang mencari jalan bagi memperbaiki keadaan penjawat awam di Sarawak termasuk mengenai kadar gaji ini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Townhall Premier Sarawak Bersama Penjawat Awam Negeri Sarawak di sini, semalam.

Menurut Abang Johari lagi pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam di Sarawak juga perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pencen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kuala Lumpur.

“Disebabkan itu keadaan jawatan dalam perkhidmatan awam sehingga kini sama sahaja.

“ Jadi keadaan penjawat awam Sarawak tidak berubah,” katanya.

Tambahnya Sarawak perlu mempunyai sumber kewangan sendiri dan kukuh untuk memastikan penjawat awam di negeri ini sentiasa diberikan perhatian sewajarnya.

Mengambil contoh negara jiran Singapura, Abang Johari berkata negara tersebut adalah contoh terbaik untuk memacu negeri ke arah yang lebih cemerlang dan mengurangkan isu rasuah.

“Kenapa Singapura kurang isu korupsi, sebab gaji mereka besar, sebab itu mereka tiada kecenderungan ke arah itu.

“Kalau Singapura boleh, saya juga pasti kita boleh,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan