Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kempen yang diadakan selama dua hari bermula 2 Oktober 2022 itu nanti akan bertempat di Sekama Farmasi, Jalan Sekama, Kuching. Foto: Rehab Concept

Rehab Concept teruskan kempen kesedaran kesihatan fizikal

ByTiana Azni

KUCHING, 28 Sept: Rehab Concept akan terus mengadakan kempen Siri Pemeriksaan Kesihatan pada 2 hingga 3 Oktober 2022 bertempat di Sekama Farmasi Kuching.

Pakar Fisioterapi, Agnes Wong berkata, kempen tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan fizikal dan fungsi tubuh badan.

“Pemeriksaan kesihatan awal amatlah penting agar pengesanan dan pencegahan awal dapat dilakukan bagi menyelamatkan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pemeriksaan kesihatan yang diadakan menerusi kempen ini merupakan salah satu langkah pertama pencegahan awal bagi sebarang penyakit serta membantu beri panduan bagi meningkatkan fungsi dan kualiti hidup melalui terapi fizikal.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, orang ramai dijemput hadir ke kiosk Rehab Concept di Sekama Farmasi pada tarikh tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan