Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata, pemohonan berkaitan penggunaan replika senjata tersebut penting bagi memastikan perserta-perserta dalam acara berkenaan tidak dikenakan tindakkan undang-undang. Foto: TVS

Penganjur acara cosplay perlu mohon kebenaran guna replika senjata

KUCHING, 28 Sept: Penganjur acara cosplay dinasihatkan untuk memohon permit penganjuran menerusi saluran yang betul khususnya hal-hal melibatkan penggunaan replika senjata dalam acara tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata, pemohonan berkaitan penggunaan replika senjata tersebut penting bagi memastikan peserta yang terlibat dalam acara berkenaan tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Ini kerana menurut beliau, sebarang penggunaan senjata di tempat-tempat awam sama ada senjata tiruan, replika menyerupai senjata atau senjata sebenar adalah menjadi kesalahan jika tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semuanya mesti ada kelulusan untuk menggunakan senjata dan perkara itu haruslah mematuhi peraturan yang ada dan sekiranya ditemui dalam mana-mana penugasan polis atau dilaporkan kepada kita, itu adalah satu kesalahan dan boleh disiasat dibawah akta senjata api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, semalam.

Menurut Ashmon, peraturan tersebut juga tidak tertakluk kepada penggunaan senjata api atau replika senjata berkenaan malah turut melibatkan beberapa senjata tajam yang lain yang dipercayai boleh mendatangkan bahaya dan ancaman terhadap keselamatan awam.

Katanya, adalah menjadi tanggujawab penganjur atau individu yang terlibat dengan program berkaitan yang menggunakan replika menyerupai senjata terbabit untuk melalui saluran yang betul sebelum menggunapakai objek tersebut dalam sebarang acara mereka.

“Program yang melibatkan penggunaan senjata sama ada senjata betul atau yang menyerupai senjata perlu melalui tapisan-tapisan yang perlu diluluskan untuk mengelakkan pihak-pihak penganjur ataupun mana-mana individu yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Pada 17 september lalu, dua individu warga tempatan lengkap berpakaian taktikal “Let’s Anime Cosplay” ditahan polis kerana disyaki memiliki senjata api dan bom tangan tiruan di sebuah pusat membeli belah di Damansara, Kuala Lumpur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan