Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk rumah panjang Jimmy Ak Jarop menonton TVS tanpa perlu bergantung bekalan elektrik yang terhad. - Foto: Faitullah Morni

‘Boleh simpan ayam beku’, penduduk rumah panjang nikmati elektrik 24 jam

ByLuqman Muhammad

SARIKEI, 29 Sept : Sebanyak 187 pintu rumah panjang di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan Julau, Sarikei kini mula menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata penduduk tidak lagi perlu bergantung harap terhadap sistem Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) yang menyediakan bekalan elektrik yang terhad.

Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak telah memperuntukan sebanyak RM75 Juta untuk membawa penyambungan grid elektrik ke kawasannya.

Walau bagaimanapun tambah Rolland, penyambungan grid elektrik di kawasan Ulu Mujok dan Ulu Kanowit masih di peringkat pelaksanaan.

“Sekarang kita berjaya menyediakan bekalan elektrik 24 jam, di mana sebelum ini di kawasan saya hanya dibekalkan program SARES yang memerlukan perbelanjaan RM60,000 untuk satu pintu.

“Sepatutnya program ini dilaksanakan untuk tempoh 5 hingga 7 tahun tetapi oleh kerana kerajaan Sarawak begitu prihatin maka kami dapat penyambungan segera dalam tempoh tiga tahun selepas SARES”, katanya.

Penyambungan grid elektrik di bawah DUN Meluan telah memanfaatkan lebih 187 pintu rumah panjang. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Dalam pada itu, bangga dengan kenikmatan yang mula dikecapi penduduk rumah panjang di Ulu Entabai Julau, Tuai Rumah Jimmy Jarop menghargai usaha kerajaan Sarawak menyediakan bekalan elektrik 24 jam untuk kawasan mereka.

“Penyambungan elektrik 24 jam adalah sumbangan yang sangat besar dan sangat dihargai khususnya kepada penduduk luar bandar kerana penggunaan elektrik ini tidaklah terhad seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Tuai Rumah, Sang Lasa meluahkan rasa kelegaan beliau kerana mereka kini boleh menikmati bekalan elektrik 24 jam dan tidak perlu risau makanan akan rosak.

“Semenjak grid sudah sampai semua orang senang hati, dulu kalau nak beli sayur, daging, ayam mentah pun susah sebab takut rosak kalau tidak dihabiskan”, ujar Sang Lasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan