Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan menambah peruntukan sebanyak RM3 Juta untuk membina Kompleks Pusat Latihan Anglikan yang dicadang dibina di gereja besar St Thomas Kuching.

Tambahan RM3 juta untuk pembinaan Kompleks Pusat Latihan Anglikan Kuching

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Sept: Kerajaan Sarawak akan menambah peruntukan sebanyak RM3 juta untuk pembinaan Kompleks Pusat Latihan Anglikan di Kuching.

Perkara itu dimaklumkan Uskup Agung Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Darussalam, Datuk Danald Jute yang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

“Pada dua tahun lepas, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk Kompleks Pusat Latihan Anglikan dan kemudiannya ditambah dengan RM1.5 juta.

“Sebentar tadi saya baru bertemu dengan Premier dan beliau secara lisan telah bersetuju untuk meluluskan RM3 juta lagi, “ katanya.

Ujar Danald, Kompleks Pusat Latihan Anglikan itu dicadang dibina di gereja besar St Thomas Kuching.

Menurut Danald, kunjungannya bertujuan untuk menyatakan sokongan atas segala usaha baik dan dasar kebajikan kerajaan serta menyampaikan penghargaan kepada Abang Johari di atas sokongannya kepada gereja dan juga sekolah mubaligh di seluruh Sarawak selama ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan